Ini bakal jadi Syawal pertama.
Yang mana ibu tiada.
Akan tiada lagi senyuman ibu menyambut pulang anak-anak.
Hanya tinggal cuma senyuman ayah.
Dan aku masih bersyukur.
Bersyukur pada nikmat tuhan.
Dia kurniakan aku kasih seorang ibu suatu masa dulu.
Dan sekarang Dia masih beri peluang untuk aku hargai kasih sayang seorang ayah.
Terima kasih tuhan untuk nikmat ini.
Cuma hati masih tertanya-tanya.
Bagaimana Syawal kali ini?
Bagaimana mahu gembirakan hati ayah kalau hati sendiri menanggung sedih?
Bagaimana mahu tahan airmata bila aku sendiri masih harapkan kehadirannya?
Bagaimana mahu bahagiakan ayah kalau hati sendiri masih kabur?
Bagaimana mahu jadi kuat?
Dulu ibu pernah berpesan.
Andai dia pergi,padam segala gambar.
Padam segala kenangan.
Takut rindukan kehadirannya.
Betul katanya. Setiap kali gambar ibu ditatap,rindu itu berlumba-lumba mahu duduk diruang hati.
Penuh setiap sudut.
Dek rindu yang tak tertanggung.
Tiada niat mahu menyeksa ibu dengan airmata yang jatuh.
Tapi,sesungguhnya hati ini tak mampu seka rasa rindu yang mengisi ruang.
Ada masa hati jadi cemburu.
Mereka semua pulang,masih ada ibu.
Masakkan makanan kegemaran. Uruskan baju raya. Teman shopping raya.
Bertuahnya mereka, tuhan..
Panjangkan umur ibu mereka agar mereka jauh dari perasaan ini.
Perasaan rindu akan kasih sayangnya.
Tapi aku masih bersyukur kerana Dia masih beri kasih sayang ayah.
Ayah yang setia disisi anak-anak.
Ayah yang sentiasa beri kebahagian pada kami tanpa henti.
Ayah yang sentiasa terseyum kala ujian menimpa.
Alhamdulillah kerana Dia kurniakan insan itu sebagai ayah.
Setiap hari aku pinta,kuatkan hati ini sepertimana Allah kuatkan hati ayah.
Beri aku ketenangan. Beri aku ketabahan. Dan kurniakan aku rasa sabar.
Minta pada Dia. Merayu padaNya.
Dia pemberi ketenangan. Dia milik segalanya di muka bumi. Dia punya kuasa atas sesuatu.
In shaa Allah Dia perkenan doa hambaNya.
In Shaa Allah....