Monday 1 June 2015

Hati.

Ada ketika hati itu mengah berlari.
Lari mengejar sang impian nun jauh dihadapan.
Ada waktu hati rasa muak dengan dengan semua perkara.
Dari sekecil benda hingga ke serumit masalah.
Hati rasa penat.
Penat bila kau perlu korbankan semua untuk kepuasan orang lain.
Penat bila hati sendiri yang kau pilih untuk disakiti.
Bukan menolak untuk berkata tidak.
Tapi kau tiada pilihan untuk berkata tidak.
Bila kau kata tidak. Kau memilih untuk menyakiti hati manusia lain.
Tapi bila kau berkata ya, tanpa sedar hati sendiri yang kau gores.

Lumrah hidup yang tak pernah adil.

Tuesday 6 January 2015

L.O.V.E


I choose you.
And I'll choose you, 
Over and over.
Without pause,
Without a doubt,
In a heartbeat.
And I'll keep choosing you.




Tuesday 30 December 2014

FOCUS.




All I need is a strength to build a new one. Accept them whole-heartedly without find the crack on it.
That's how I'm gonna create my happiness.

:) 



A Fresh Start.

Ada mula, pasti ada hujungnya.
Hujung dimana tutup segala tirai. Tutup segala kisah. Baik yang suka, mahupun yang duka.
Yang manis aku simpan buat jadi memori terindah.
Yang pahit aku buang sejauh mungkin.
Jauh disudut hati, biarlah yang duka itu pergi tanpa pulang kembali.
Hati letih mengurai rasa sakit yang hinggap.
Aku mahu dia bahagia.
Jauh dari rasa sakit. Jauh dari rasa beban.
Beban yang selama ini aku sendiri jadi penyumbang.
Duka yang aku sendiri menjadi punca.
Mungkin tiba masa untuk baginya kesenangan.
Bagi dia rasa bahagia.
Aku tak mahu menggenggam terlalu kuat.
Takut ia pecah dalam genggaman sendiri.

31st December 2014,
Selamat tinggal.
Aku tutup segala pintu kehidupan yang lepas.
Tak mahu imbas segala cerita.
Cukup noktah disitu.
Apa yang telah terjadi, aku redha.
Segala salah silap, aku pohon kemaafan.

1st January 2015,
Selamat datang.
Aku buka segala pintu untuk semua kebaikan melaluinya.
Aku buka lembaran baru untuk kehidupan ini.
Segala kesilapan dan kesalahan yang lepas, aku tinggal dengan sejuta harapan agar 2015 adalah tahun yang terindah.
:)

Mulakan setiap lembaran dengan cita-cita yang indah.
Aku punya impian, punya harapan untuk jadi yang terbaik.
InshaAllah Dia permudahkan.

Aku punya impian dan cita-cita. Sebagai hamba kepada Sang Pencipta.
Sebagai anak. Sebagai pekerja. Sebagai seseorang kepada seseorang.
Aku pohon semuanya dipermudahkan.

InshaAllah.

:)

Tuesday 14 October 2014

Hari Bahagia.

Mak.
Adik ada hadiah buat mak. Adik ada nak beri apa yang mak impikan dari kami.
Adik nak berkongsi dengan mak.
Adik nak mak ada duduk disitu sambal tersenyum.
Adik nak mak rasa bahagia.
Adik nak mak rasakan semua pengorbanan mak itu berbaloi.
Adik nakkan mak rasakan kasih sayang adik. Walaupun sekejap.
Adik harapkan mak hadir.
Hadir walaupun sekejap untuk dengar sebaris kata ini,
Terima kasih untuk setiap pengorbanan selama hayat mak.

L

Sunday 28 September 2014

Rindu.

Mak,
Rindu datang berasak-asak.
Rindu mahu baring bersama.
Sambil luah segala rasa.
Rindu mahu dakap tubuh itu.
Rindu mahu bercerita sambil lihat ibu tersenyum.
Rindu mahu bersama mu.

Rindu mahu dengar suara itu.
Tak mengapa andai tiada lagi kata2 panjang utk diucap.
Cukup senyuman dan sentuhan.

Si cengeng ini mahukan mak.
Tak mahu sesiapa.
Hanya mak.
Mak dan mak.
Berilah sepuluh orang wanita selembut mana.
Si cengeng hanya mahukan mak.

:(