Sunday, 30 June 2013
Pesan Ayah.
Mak dah pergi dan dia takkan balik. Untuk kuatkan hati,adik ingat,satu hari nanti kita pun akan pergi,cuma masanya kita sendiri tak tahu (Abah, 2013).
Cinta.
Ibu,
Rindu itu menjengah lagi.
Rindu untuk rasakan kehadiranmu.
Rindukan suara kasihmu.
Rindukan nasihatmu kala ujian menimpa.
Rindukan tempat mana aku luahkan cerita.
Ibu,
Ada 1000 cerita mahu dikongsi.
Ada berjuta rasa mahu diluah.
Ada rasa rindu yang tak tertanggung dek hati.
Puas diusir,tapi masih keras mahu duduk disitu.
Tiap kali ingatan itu berpaut.
Air mata turut menemani.
Bukan mahu menyiksa diri.
Cuma rindu itu terlalu kuat hingga tutup segala rasa.
Andai aku tahu itu pelukan yang terakhir.
Akan aku hargai setiap saat yang ada.
Andai aku sedar itu pandangan yang terakhir.
Ingin sekali aku habiskan setiap detik denganmu.
Tapi,Dia lah sebaik-baik perancang.
AturanNya Maha Hebat.
Duhai hati,
Bersabarlah.
In shaa Allah manis ganjarannya kelak.
Dia pergi untuk menghadap si Pencipta.
Redhakan segalanya.
Rindu itu menjengah lagi.
Rindu untuk rasakan kehadiranmu.
Rindukan suara kasihmu.
Rindukan nasihatmu kala ujian menimpa.
Rindukan tempat mana aku luahkan cerita.
Ibu,
Ada 1000 cerita mahu dikongsi.
Ada berjuta rasa mahu diluah.
Ada rasa rindu yang tak tertanggung dek hati.
Puas diusir,tapi masih keras mahu duduk disitu.
Tiap kali ingatan itu berpaut.
Air mata turut menemani.
Bukan mahu menyiksa diri.
Cuma rindu itu terlalu kuat hingga tutup segala rasa.
Andai aku tahu itu pelukan yang terakhir.
Akan aku hargai setiap saat yang ada.
Andai aku sedar itu pandangan yang terakhir.
Ingin sekali aku habiskan setiap detik denganmu.
Tapi,Dia lah sebaik-baik perancang.
AturanNya Maha Hebat.
Duhai hati,
Bersabarlah.
In shaa Allah manis ganjarannya kelak.
Dia pergi untuk menghadap si Pencipta.
Redhakan segalanya.
Wednesday, 19 June 2013
Jalan Ceritanya.
3 Jun 2008
Kebetulan itu hari lahirnya. Si anak sulong. Niat mahu
mendengar suara si ibu. Ucapan kasih dan sayang seorang ibu buat anaknya.
(10.00am)
Kakak: Abah,mak mana? Hari ni kan hari jadi akak. Mak xnak
ucap apa2 ke?
Abah: Mak tengah mandi lah kak. Nanti tengah hari telefon
lagi ye.
(12.30 tengah hari)
Kakak: Abah,mak mana?
Abah: Mak kat dapur. Dia tengah masak. Nanti mak dah free,
dia telefon balik. Jangan risau.
Hakikatnya, si ibu itu sedang berjuang untuk meneruskan
hidup di bilik pembedahan. Bukan niat ayah untuk berbohong. Bukan niatnya juga
untuk berdiam diri. Tapi,kasihnya pada seorang anak. Maka dia terpaksa.
29 Ogos 2011 (29
Ramadhan 1432)
(12.00 tengah hari)
Abah: Akak,pandai buat dressing tak?
Kakak: Pandai kot. Boleh rasanya.
Adik: Dressing? Alaa. Adik pun pandai. *Sambil tersenyum.
Abah: Bolehlah akak tolong eh. Abah nak keluar kejap lagi.
Adik: *Blur.
(12.30 tengah hari)
Rumah sunyi sepi. Di dapur tiada orang. Ruang tamu kosong.
Adik: Mak! Akak! Kat mana tu?
*Sunyi. Tidak bersambut.
Adik: Tok! Tok! Tok! *Ketuk pintu bilik mak. Siapa ada kat
dalam? Kenapa kunci pintu? Bukaklah.
*Dah start membebel sebab tak dilayan. Last2,akak bukakan
pintu. Masuk. Terdiam. Pandang mak. Pandang akak. Air mata bergenang. Tapi
bibir tersenyum. Keluar. Masuk bilik air. Nangis.
Ibu sakit. Setelah 4 tahun,dirawat,kanser itu menyerang.
Tahap ke4. Dan, tiada siapa yang memberitahu. Baru faham apa yang dimaksudkan
dengan dressing yang dikatakan abah. Sehari sebelum raya,kami diberitahu bahawa
kanser itu sudah sampai ke tahap yang terakhir.
Kami tahu bukan niat ayah untuk berbohong. Demi hati seorang
anak, dia bertahan seorang diri.
4 Jun 2013
(12.30 tengah hari)
Adik: Abah,mak tengah buat apa tu?
Abah: Macam biasalah. Dia tidur 24 jam. Nak bagi minum air
pun macam nak berperang.
Adik: Oh ye ke. Abah,adik nak balik sabtu ni ye. Jumaat adik
ada kelas. Sabtu pagi adik balik.
Abah: Ikutlah. Tapi tak sekejap sangat ke. Tunggu lah cuti
panjang sikit. Tapi kalau nak balik,balik lah.
Adik: Taka pa. Kejap pun tak pe. Abah,mak macam mana?
Abah: *Terdiam. Mmm..Adik,abah nak terus teranglah ye dengan
adik. Adik jangan takut. Doktor jumpa abah malam tadi. Dia cakap,keadaan mak
dah sampai tahap yang mana,kita dah harus bersedia. Apa yang kita boleh buat
sekarang,Cuma gembirakan hati dia. Tunaikan apa yang dia minta. *Abah nangis.
Kita dah lama bersedia kan,adik? Dah bertahun kita lalui semua ni,sepatutnya
kita dah kuat. Doktor dah minta anak-anak mak balik. Kebetulan adik cakap nak
balik,baliklah sayang..
Adik: Mmm..in shaa Allah adik balik..
Beratnya hati seorang ayah ingin menyampaikan berita itu.
Kami tahu resahnya bagaimana. Kami tahu abah tak mahu menyerah lagi. Itu kerja
tuhan katanya. Dia tak mahu kami berputus asa merawat mak.
5 Jun 2013
(4.00 pagi)
Adik: *Pegang tangan
mak. Cium tangan mak. Mak,adik dah balik ni. Adik nak jaga mak..
Emak: *Buka mata. Tutup kembali.
Sakitnya ujian tuhan itu bila seorang ibu tidak lagi kenal
wajah anaknya sendiri. Pertama kali seumur hidup, emak tidak memandang,tidak
tersenyum,tidak memeluk anaknya bila anaknya pulang. Dan,itu ujian yang sangat
besar, Ya Allah..
(4.10 pagi)
Adik: *Menangis. Abah,naiklah.. teman adik. Adik takut.
*Hakikatnya,anak itu bukan takutkan apa. Cuma,keadaan ibu
yang tidak mengenalinya buat dia terlalu lemah.
(8.00 malam)
Emak: Wahidah….. *Terlelap semula.
Adik: Mak,adik ni..Ni adik Wahidah. Adik dah balik..Mak
bukaklah mata. Bangunlah mak. Adik dah balik nak jaga mak. *Menangis.
Abah: *Tepuk2 badan mak. Imah,adik dah balik. Adik ada ni.
Bangunlah.
Emak tetap tidur. Tak mengapa mak. Adik tahu mak mengantuk.
Mak penat. Ubat tu kuat. Adik faham bukan niat mak untuk tidur sepanjang masa.
Bukan niat mak untuk mengabaikan adik. Itu kuasa Tuhan. Adik biarkan mak rehat.
Dalam tidurnya,kami pakaikan lampin. Dalam tidurnya,kami angkat dia.Tukarkan
bajunya. Lapkan dia. Sapukan bedak diwajahnya. Dia juga mahu wangi. Dia juga
mahu cantik. Adik bersihkan mak baik-baik ye.
Adik: Mak,adik dah lapkan badan mak. Dah sapu bedak. Mak dah
wangi. *Dia tetap tidur
.
6 Jun 2013
Sepanjang hari dia tidur. Kami suapkan bubur dalm tidurnya.
Kami suapkan air, juga dalam tidurnya. Mak tak mahu bangun. Buatlah apa pun.
Cubit,tepuk,bisik di telinga. Dia tetap tidur.
Sepanjang hari,duduk seorang sambil menatap wajahnya.
Biarlah dia tidur. Dia mungkin penat.
(6.45 petang)
Adik: Mak,adik nak pergi bukak puasa dengan ika kat luar. Nanti
adik balik lagi ye. *Satu ciuman kasih untuknya.
Dan mak tetap tidur.
(10.00 malam)
Adik: Abah,kenapa mak pakai mesin ni?
Abah: Nurse cakap tekanan darah mak rendah.
Baiklah. Mandi. Solat. Bacakan yasin untuknya.
Abah: Adik,kalau denyutan nadi mak kat monitor turun bawah
50,bagitahu nurse cepat2 ye.
Adik: Okay..
Tapi,tidak. Adik tidur. Sungguh,malam itu sangat nyenyak.
Mungkin sudah selesa dengan kerusi malas di hospital.
7 Jun 2013
(2.00 pagi)
*Abah tak tidur. Dia berdiri sebelah katil mak. Usap rambutnya.
Tenung wajah mak. Dan aku,terlelap kembali.
(4.00 pagi)
*Abah masih tidak tidur. Dia duduk sebelah mak. Usap lembut
rambut mak. Lapkan badan mak. Tenung wajah mak. Dan dia menangis. Kuat
esakannya.
*Pelik.Kenapa abah nangis? Mak kan tengah tidur. Biasalah tu
tekanan darahnya rendah. Dan aku terlelap semula.
(5.30 pagi)
*Nurse datang nak ambil darah mak. Tapi tangan mak dah
bengkak. Tak jumpa urat pun.
Nurse: Tak jumpa urat dia. Tak apalah. Hari ni tak payah
ambil darah ye. Mm..ni mak adik ke?
Adik: Haah. Ni mak.
Nurse: Adik bacakan lah yasin untuk mak ya.
Adik: Kenapa nurse?
Nurse: Adik tak tahu ke keadaan mak macam mana? Abah tak
bagitahu?
*Geleng kepala.
Nurse: Mak adik dah tenat dari malam tadi.
(7.00 pagi)
Abah call semua orang. Bagitahu mak dah tenat. Dari malam
tadi.
Abah call sepupu sebelah rumah. Dia minta tolong bersihkan
beranda rumah. Bentangkan karpet kat dalam rumah. Keluarkan tilam kecil dalam
bilik belakang.
*Hati tertanya-tanya. Tuhan nak ambil mak hari ni ke? Mak
tak bangun lagi dari semalam. Dia tak Nampak adik lagi. Mak tak boleh pergi
lagi. Mak belum borak dengan adik lagi sejak adik sampai. Mak kena bertahan.
(10.30 pagi)
Turun sudah malaikat Izrail untuk menjemput mak pulang ke
sisi Penciptanya. Al-Fatihah.
Mak,
Ikutkan hati,adik
belum mahu melepaskan.
Adik masih
berharap mak boleh bertahan.
Impian mak
nak tengok anak-anak habis belajar.
Nak tengok
kami pergi kerja waktu pagi.Balik kerja waktu petang. Pakai baju kerja cantik-cantik.
Nak tengok
kami ada keluarga sendiri.
Kami nak mak
tunggu. Kami nak mak lihat semua itu. Kami nak mak ada di saat itu.
Tapi,apa
daya kami. Kuasa Tuhan itu adalah segalanya.
Walaupun,hanya
sepatah kata yang keluar dari mulut mak.. ‘Wahidah…’ dah cukup buat adik rasa
bahagia.
Adik
yakin,walaupun mak tak nampak adik. Mak tak borak dengan adik, adik sangat
yakin mak dapat rasa adik ada kat situ.
Mak,
Adik minta
maaf sebab adik tidur lena malam tu.
Adik tak
tahu mak sakit malam tu. Adik tak tahu mak dah tenat waktu adik tidur lena.
Tapi,adik
tahu, Allah punya perancangan adalah sebaik-baik perancangan. Mungkin dia tak
mahu adik ingat saat-saat itu. Sebab mungkin adik tak kuat.
Dia bagi
abah teman mak. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Mak,
Bila adik terkenangkan waktu mak dalam sakaratul maut,waktu
mak dah tekan tapak tangan mak, dahi berkerut,adik tahu mak sakit. Adik nampak
macam mana mak sakit hadapi sakaratul maut tu. Adik tolong tutpkan mata mak
bila mak dah hembus nafas yang terakhir. Adik tolong nurse uruskan jenazah mak.
Adik tolong mandikan mak. Itu mandi yang terakhir.adik gosok badan mak slow2.
Sebab adik tahu mak masih boleh rasa sakit. Walaupun ustazah marah kenapa adik
basuh macam tak bersih,adik diam. Adik takut mak sakit. Adik minta maaf,mak..
Mak,
Masa mak pakai baju warna putih tu,adik tolong angkat badan
mak. Pakaikan kemas-kemas supaya mak cantik. Adik sikatkan rambut mak. Mereka pun
pakaikan mak bedak, supaya mak wangi. Adik teman mak naik van jenazah. Kita balik
rumah sama-sama. Selalunya adik dengan abah je balik rumah. Mak kena tinggal
kat hospital. Tapi kali ni,kita balik sama-sama. Adik minta maaf sebab kita tak
boleh naik kereta kita sendiri..
Mak,
In shaa Allah, Tuhan dah sediakan rumah untuk mak disana. In
shaa allah Dia gantikan rumah mak yang dulu dengan rumah yang lagi indah. In shaa
Allah Dia kurniakan kebahagiaan buat mak disana. Amin..
Pesan abah,bila perginya ibu bapa dari dunia ni. Mereka bawa 3 bekalan. Satu,amal ibadahnya, dua, sedekah jariahnya dan yang ketiga doa anak-anak yang soleh.
Abah kata,apa-apa pun kebaikan yang anak itu buat masa hidupnya,pahala itu automatic pergi pada ibu bapanya.
Abah pesan lagi, kalau adik buat baik,mak akan tambah ebkalan pahala dia. In shaa Allah. Tapi kalau adik buat jahat, adik beri dosa pada mak. Adik dah besar, adik sayang mak, beri kebaikan pada dia. Jauhkan dia dari mendapat dosa.
In shaa Allah abah. Dan ucapan terima kasih untuk abah sebab dah berusaha untuk jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak. kami tahu bukan niat abah untuk merahsiakan keadaan mak setiap kali kami telefon. Tapi abah tak mahu kami bimbang. Abah tak mahu kami takut. Abah tak mahu kami terkejut. Abah tak mahu kami menangis. Kerana abah punya hati yang mulia.
"Adik jangan nangis. Sekarang ni, abah adalah abah. Dan abah adalah emak." (Abah,2013)
Terima kasih, Abah.
Al-Fatihah untuk Almarhumah Hajah Fatimah bt Hj Sapenah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
