Ibu,
Rindu itu menjengah lagi.
Rindu untuk rasakan kehadiranmu.
Rindukan suara kasihmu.
Rindukan nasihatmu kala ujian menimpa.
Rindukan tempat mana aku luahkan cerita.
Ibu,
Ada 1000 cerita mahu dikongsi.
Ada berjuta rasa mahu diluah.
Ada rasa rindu yang tak tertanggung dek hati.
Puas diusir,tapi masih keras mahu duduk disitu.
Tiap kali ingatan itu berpaut.
Air mata turut menemani.
Bukan mahu menyiksa diri.
Cuma rindu itu terlalu kuat hingga tutup segala rasa.
Andai aku tahu itu pelukan yang terakhir.
Akan aku hargai setiap saat yang ada.
Andai aku sedar itu pandangan yang terakhir.
Ingin sekali aku habiskan setiap detik denganmu.
Tapi,Dia lah sebaik-baik perancang.
AturanNya Maha Hebat.
Duhai hati,
Bersabarlah.
In shaa Allah manis ganjarannya kelak.
Dia pergi untuk menghadap si Pencipta.
Redhakan segalanya.
No comments:
Post a Comment