Sunday, 28 September 2014

Rindu.

Mak,
Rindu datang berasak-asak.
Rindu mahu baring bersama.
Sambil luah segala rasa.
Rindu mahu dakap tubuh itu.
Rindu mahu bercerita sambil lihat ibu tersenyum.
Rindu mahu bersama mu.

Rindu mahu dengar suara itu.
Tak mengapa andai tiada lagi kata2 panjang utk diucap.
Cukup senyuman dan sentuhan.

Si cengeng ini mahukan mak.
Tak mahu sesiapa.
Hanya mak.
Mak dan mak.
Berilah sepuluh orang wanita selembut mana.
Si cengeng hanya mahukan mak.

:(

Bak Emas.

Silap kecil yang mana aku ulang saban hari.
Saban waktu.
Masa yang aku pandang remeh. Aku kurang peduli pada setiap detik yang lepas.
MASA.
Simple. Tapi jelas,itu kesilapan paling besar andai masa itu kau pandang remeh.

Orang kata, apa yang tak kena dengan masa?
Ya. Ada sesuatu yang tidak kena.
TIDAK MENEPATI MASA.
TIDAK HARGAI MASA.

Itu kesilapan yang saban hari aku ulang.
Maaf pada semua.
Pelik. Jam ditangan tak pernah sekali ditinggal. tak pernah tercicir dari pergelangan tangan.
Tapi saban  waktu, masa itu tetap kian tercicir.
Tetap terlepas.
Atas kecuaian sendiri mahupun disengajakan.
Wallahuallam.

Terbaca satu kisah Sang Lembu yang sangat menepati masa.
See. Macam mana lembu boleh tepati masa sedangkan mereka tiada akal. Tiada jam bersama.

Then, how come the cows can follow the exact time while I cant?

Sighhhh.

Gagal?

Tidak.

Boleh diubah. Dengan sedikit penegasan pada diri. Dengan niat. Dengan usaha. Dengan doa.

Malu kan kalau lembu tu lagi menepati masa dari manusia.

:)

*Fikirlah yang baik-baik,maka yang baik itulah yang akan hampir.


Thursday, 11 September 2014

Rindu. Tapi Jauh.


Harini rasa kelam. Sibuk mungkin.
Terkejar dek projek mahu ditunjuk depan “buah hati” dalam bilik nun.
Kalau tak siap mahu dia bebel genap seminggu. Letih dengar mulut bertih jagung itu.
Tapi..
Sedang sibuk belajar bertatih mahu design longkang. Longkang sahaja,tapi kepala bak ditindih batu bata beratnya.
Muncul satu teguran di Whatsapp.
“Aku rindu fare pastu p stalk insta dia. Aku rindu kau jugak tapi insta kau dah xde.”
J
Ya. Rindu dia jugak. Rindu sangat kesayangan-kesayangan itu.
Manakan tidak,waktu jatuh bangun sedih gembira hingus tak hingus, merekalah jadi tempat saya luah cerita.
Mereka lah tempat saya tumpang manja,gedikss, mengada. Semua.
Katil mereka lah tempat saya tumpahkan airmata dek rindu pada ibu.
Telinga mereka lah saya sumbat dengan cerita sedih, bebelan dan rungutan.
Senang cerita, semuanya mereka yang tolong dengar.
Bila jauh begini,hadir rasa rind utu.
Mahu terbang pergi pada mereka. Ikat sekali drawing dan report- report yang mahu disiapkan.
L
Rindu.Sangat-sangat.





Tuesday, 9 September 2014

Langkah.

Mati isinya.
Puas kau berlari.
Kejar dia di depan sana.
Lelah. Mengah.
Tapi kau belum mahu berhenti.
Bila terjatuh,masih mahu berdiri dan teruskan berlari.
Biar depan itu kelam. Gelap gelita.
Masih tidak mahu mengalah.
Tetap berlari.
Adakala langkah terhenti sekejap.
Tapi putus asa itu bukan sesuatu yang dipilih.
Tarik nafas.
Kembali berlari.
Lari selaju yang boleh.
Bila satu saat tangan itu Berjaya di gapai.
Ada angin bawa dia pergi.
Jauh.
Tapi kaki tetap mengatur langkah untuk gapai semula.
Tetap berlari. Biarpun kaki jadi selenguh mana.
Tak mahu berhenti walau sekejap.
Mengapa?
Takut tangan itu pergi makin jauh dibawa angin.
Sekali lagi tangan itu berjaya digapai.
Ya. Indah. Gembira. Bahagia. Menenangkan.
Tapi sekali lagi.
Ada sesuatu hadir.
Bawa tangan itu jauh.
Jauh yang mana kaki ini semakin lama semakin lemah untuk terus susun langkah.
Tak mampu berlari selaju dulu.
Tapi kaki ini belum berhenti mengatur langkah.
Biarlah tidak selaju dulu. Biar dia tertinggal di belakang.
Setidaknya,dia tidak berputus asa untuk berusaha.
Biarlah terluka. Sakit. Pedih.
Kaki itu belum mahu mengundur diri.




Sebuah Maksud

Kau yang terindah
Yang selalu di hatiku
Engkau yang kucinta
Di hidupku selalu

Takkan berubah
Hasratku untuk dirimu
Dan takkan kubuang
Rindu ini kepadamu selamanya

Kau adalah pelangi hidupku
Yang selalu warnai hariku

Harapanku
dirimu
Kan selalu
di sampingku
Selalu

Kau adalah pelangi hidupku
Yang selalu warnai hariku

Harapanku dirimu
Kan selalu di sampingku
Selalu