Harini rasa
kelam. Sibuk mungkin.
Terkejar
dek projek mahu ditunjuk depan “buah hati” dalam bilik nun.
Kalau tak
siap mahu dia bebel genap seminggu. Letih dengar mulut bertih jagung itu.
Tapi..
Sedang sibuk
belajar bertatih mahu design longkang. Longkang sahaja,tapi kepala bak ditindih
batu bata beratnya.
Muncul satu
teguran di Whatsapp.
“Aku rindu
fare pastu p stalk insta dia. Aku rindu kau jugak tapi insta kau dah xde.”
J
Ya. Rindu
dia jugak. Rindu sangat kesayangan-kesayangan itu.
Manakan
tidak,waktu jatuh bangun sedih gembira hingus tak hingus, merekalah jadi tempat
saya luah cerita.
Mereka lah
tempat saya tumpang manja,gedikss, mengada. Semua.
Katil
mereka lah tempat saya tumpahkan airmata dek rindu pada ibu.
Telinga
mereka lah saya sumbat dengan cerita sedih, bebelan dan rungutan.
Senang
cerita, semuanya mereka yang tolong dengar.
Bila jauh
begini,hadir rasa rind utu.
Mahu
terbang pergi pada mereka. Ikat sekali drawing dan report- report yang mahu
disiapkan.
L
Rindu.Sangat-sangat.

No comments:
Post a Comment