Mati
isinya.
Puas kau
berlari.
Kejar dia
di depan sana.
Lelah.
Mengah.
Tapi kau
belum mahu berhenti.
Bila terjatuh,masih
mahu berdiri dan teruskan berlari.
Biar depan
itu kelam. Gelap gelita.
Masih tidak
mahu mengalah.
Tetap
berlari.
Adakala langkah
terhenti sekejap.
Tapi putus
asa itu bukan sesuatu yang dipilih.
Tarik
nafas.
Kembali
berlari.
Lari selaju
yang boleh.
Bila satu
saat tangan itu Berjaya di gapai.
Ada angin
bawa dia pergi.
Jauh.
Tapi kaki
tetap mengatur langkah untuk gapai semula.
Tetap
berlari. Biarpun kaki jadi selenguh mana.
Tak mahu
berhenti walau sekejap.
Mengapa?
Takut
tangan itu pergi makin jauh dibawa angin.
Sekali lagi
tangan itu berjaya digapai.
Ya. Indah.
Gembira. Bahagia. Menenangkan.
Tapi sekali
lagi.
Ada sesuatu
hadir.
Bawa tangan
itu jauh.
Jauh yang
mana kaki ini semakin lama semakin lemah untuk terus susun langkah.
Tak mampu
berlari selaju dulu.
Tapi kaki
ini belum berhenti mengatur langkah.
Biarlah
tidak selaju dulu. Biar dia tertinggal di belakang.
Setidaknya,dia
tidak berputus asa untuk berusaha.
Biarlah
terluka. Sakit. Pedih.
Kaki itu
belum mahu mengundur diri.
No comments:
Post a Comment