Wednesday, 9 October 2013

Ibu.

Mak,
Mungkin pengakhiran kita tak seindah yang kita mahu.
Bukan salah mak jadi begitu.
Itu kehendak Dia.
Bukan adik tak redha.
Tapi adik tak kuat.

Mungkin hati terlalu rindu.
Adik terlalu rindu,mak..

Saturday, 5 October 2013

Maaf.

Bisa yang kau beri,
Masih boleh aku terima,
Masih boleh aku tahan sakitnya,
Kerna demi sayang.
Demi kasih.
Tapi sampai bila?
Sampai bila aku tahan disakiti?

Biar aku disakiti.
Jangan engkau dilukai.
Biar aku datang memujuk.
Biar aku datang memohon maaf.
Kerna sayang.
Kerna rasa hormat,aku masih sudi menghulur tangan.
Tapi maaf aku hulur bukan untuk disiakan.
Aku mohon dihargai.

Bukan aku merayu kau sentiasa ada,
Sentiasa menemani,
Tapi aku harapkan rasa hormat.
Andai kau tak mampu.
Hormati aku sebagai manusia biasa.
Yang bukan siapa-siapa.

Kerna aku masih punya hati,wahai SAHABAT.


Thursday, 3 October 2013

Hurt.

Mom,
I wish I die tonight.
Then everyone gonna claps their hands for my death.

Die.

Mom,
I choose to die rather than live with those men around.
Cause they just make me sick,mom.
They are a burden.

So,I choose to be with you,instead of live with those people.

Sunday, 29 September 2013

Maaf.

Duhai hati,
Dulu kau bukakan pintu untuknya.
Kau beri secebis ruang.
Kau beri peluang untuk jatuh cinta.
Bukan untuk tutup luka yang pernah ada.
Tapi ikhlas untuk jatuh cinta.
Ikhlas untuk rasa sedetik rasa itu.

Aku mohon tuhan,
Hadirkan rasa itu semula.
Beri peluang pada hati ini untuk rasa cinta itu semula.
Aku merayu padaMu tuhan.
Jangan Kau bolak-balikkan hati ini.
Cukup setakat itu kau berikan.

Maafkan aku,Tuhan..
Kerna hatinya telah aku gores.
Hati yang cukup ikhlas curahkan rasa kasih.

Maafkan aku.

Tuesday, 24 September 2013

Little tears.

Mom,
I’m screwed up..
I’m screwed up everything..
They really give me hard time and now I’m freaking out..
I've hurt myself and now I have no idea how to get healed.


Mak,
Adik rindu mak.
Rindu sangat-sangat.
Mak,
Adik harap mak bertahan.
Adik tak boleh buat semua ni sorang2.
Adik tak kuat,mak..


Tuesday, 3 September 2013

WORDS.

They are not stupid but once upon a time they don't use brain when talking. And now, once again they put their brain on the floor. Sama taraf sama tapak kasut. That shows how pity they are.
They may say  something like, "biarlah" ,"redha lah", "bersyukur lah". Even worse, he/she will tell you this; "hey move to another country la". 
Hey man, if u wanna have a debate, dun let the public find out that you are low educated. You should try harder. 

Masa untuk membidas, lols.

1. Minyak naik 20 sen je bro. Kau jangan tipu, kau selalu buang 20 sen merata-rata kan?
= Sayangs, kereta aku kena isi dalam 40 liter minyak. So, kau kena amik kalkulator kau, dan kira rm0.20 x 40 liter. So, jadi dalam rm8.00 kan? setiap minggu aku kena isi full tank 2 hingga 3 kali, so dalam sebulan beban aku meningkat sebanyak rm64 hingga rm96. Setahun boleh bayar renew roadtax ngan insurans. Banyak woiiii.

2. Bro, naik public transport lah!
= Common bro, kau try pergi batang berjuntai. Dulu bolehlah setiap setengah jam tunggu 1 bas. Sekarang, 2 jam pun belum tentu ada bas. Aku selalu naik aku tau bro. Kau cuba lah masuk kat kawasan pendalaman macam kat Jengka ke, noharommm tunggu bas bro. Memang kena naik motor atau kereta.
= Aku kerja ronda-ronda Malaysia bro. Kalau ada train / lrt setiap 1 jam dari kl ke jb, aku dah naik bro. So, sebab xda, kenalah aku naik kereta.

3. Negara lain pun naik harga gak bro.
= Kau suka sangat bandingkan Malaysia dengan negara lain, kau pergilah negara lain. Eh, kalau isu pendidikan percuma apa segala, kau tak kasi bandingkan dengan negara lain, siap halau Bawani bagai. Amboi-amboi.

4. Alaaa, puak-puak kau memang suka kritik kerajaan kan. Apa kerajaan buat semua salah.
= Bro, rileks. Rumors pasal harga naik dah lama berkumandang. Kerajaan asyik nafikan je. Tiba2, pukul 12 malam kau nak start, pagi hari yang sama baru kau confirmkan. Bro, kalau aku tiba2 cucuk pinggang kau, kau terkejut kan? Kalau aku tiba2 lempang kau, kau mengamuk kan? Kan? Kan?

Sorrylah emo sayangssss, saya ni pengguna jalanraya tegar lately.

Credit to: my debate senior, Sophy Teguh.


(Mohd Azim,2013)

Thursday, 1 August 2013

Syawal Pertama.

Ini bakal jadi Syawal pertama.
Yang mana ibu tiada.
Akan tiada lagi senyuman ibu menyambut pulang anak-anak.
Hanya tinggal cuma senyuman ayah.
Dan aku masih bersyukur.
Bersyukur pada nikmat tuhan.
Dia kurniakan aku kasih seorang ibu suatu masa dulu.
Dan sekarang Dia masih beri peluang untuk aku hargai kasih sayang seorang ayah.
Terima kasih tuhan untuk nikmat ini.

Cuma hati masih tertanya-tanya.
Bagaimana Syawal kali ini?
Bagaimana mahu gembirakan hati ayah kalau hati sendiri menanggung sedih?
Bagaimana mahu tahan airmata bila aku sendiri masih harapkan kehadirannya?
Bagaimana mahu bahagiakan ayah kalau hati sendiri masih kabur?
Bagaimana mahu jadi kuat?

Dulu ibu pernah berpesan.
Andai dia pergi,padam segala gambar.
Padam segala kenangan.
Takut rindukan kehadirannya.
Betul katanya. Setiap kali gambar ibu ditatap,rindu itu berlumba-lumba mahu duduk diruang hati.
Penuh setiap sudut.
Dek rindu yang tak tertanggung.

Tiada niat mahu menyeksa ibu dengan airmata yang jatuh.
Tapi,sesungguhnya hati ini tak mampu seka rasa rindu yang mengisi ruang.
Ada masa hati jadi cemburu.
Mereka semua pulang,masih ada ibu.
Masakkan makanan kegemaran. Uruskan baju raya. Teman shopping raya.
Bertuahnya mereka, tuhan..
Panjangkan umur ibu mereka agar mereka jauh dari perasaan ini.
Perasaan rindu akan kasih sayangnya.

Tapi aku masih bersyukur kerana Dia masih beri kasih sayang ayah.
Ayah yang setia disisi anak-anak.
Ayah yang sentiasa beri kebahagian pada kami tanpa henti.
Ayah yang sentiasa terseyum kala ujian menimpa.
Alhamdulillah kerana Dia kurniakan insan itu sebagai ayah.

Setiap hari aku pinta,kuatkan hati ini sepertimana Allah kuatkan hati ayah.
Beri aku ketenangan. Beri aku ketabahan. Dan kurniakan aku rasa sabar.
Minta pada Dia. Merayu padaNya.
Dia pemberi ketenangan. Dia milik segalanya di muka bumi. Dia punya kuasa atas sesuatu.
In shaa Allah Dia perkenan doa hambaNya.

In Shaa Allah....


Thursday, 25 July 2013

Bila hilang satu nikmat dunia...

Ibu,
Perginya kau,maka hilanglah satu nikmat dunia bagi anakmu.
Tiada lagi doa yang kau utuskan untuk kami.
Tiba sudah giliran kami mengutus doa untukmu.
Doa agar kau bahagia di tempat baru.
Doa agar segala urusanmu dipermudahkan.

Ibu,
Saat itu masih berlegar-legar diruang minda.
Saat kau peluk.
Saat kau usap lembut wajah anak-anak.
Saat kau tersenyum kala kami mengacah.
Saat kau ketawa bila lihat kami pulang ke rumah.

Ibu,
Dulu tak pernah sekali kau berhenti memberi semangat.
Setiap kali ujian,exam,interview,presentation,akan aku dengar suaramu memberi dorongan.
Itulah tugaas ibu.
Sekarang,abah ambil alih tugas itu.
Tapi masih tak sama.
Betapa aku rindu semua itu.

Betapa aku rindu kehadiranmu,ibu.....
Setiap kali rindu itu menjengah,
Hati tak tertahan untuk seka airmata itu jatuh.

Bukan aku tak redha,Tuhan...
Cuma aku terlalu rindu..

Sunday, 30 June 2013

Pesan Ayah.

Mak dah pergi dan dia takkan balik. Untuk kuatkan hati,adik ingat,satu hari nanti kita pun akan pergi,cuma masanya kita sendiri tak tahu (Abah, 2013).

Cinta.

Ibu,
Rindu itu menjengah lagi.
Rindu untuk rasakan kehadiranmu.
Rindukan suara kasihmu.
Rindukan nasihatmu kala ujian menimpa.
Rindukan tempat mana aku luahkan cerita.

Ibu,
Ada 1000 cerita mahu dikongsi.
Ada berjuta rasa mahu diluah.
Ada rasa rindu yang tak tertanggung dek hati.
Puas diusir,tapi masih keras mahu duduk disitu.

Tiap kali ingatan itu berpaut.
Air mata turut menemani.
Bukan mahu menyiksa diri.
Cuma rindu itu terlalu kuat hingga tutup segala rasa.

Andai aku tahu itu pelukan yang terakhir.
Akan aku hargai setiap saat yang ada.
Andai aku sedar itu pandangan yang terakhir.
Ingin sekali aku habiskan setiap detik denganmu.
Tapi,Dia lah sebaik-baik perancang.
AturanNya Maha Hebat.

Duhai hati,
Bersabarlah.
In shaa Allah manis ganjarannya kelak.
Dia pergi untuk menghadap si Pencipta.
Redhakan segalanya.




Wednesday, 19 June 2013

Jalan Ceritanya.

3 Jun 2008
Kebetulan itu hari lahirnya. Si anak sulong. Niat mahu mendengar suara si ibu. Ucapan kasih dan sayang seorang ibu buat anaknya.

(10.00am)
Kakak: Abah,mak mana? Hari ni kan hari jadi akak. Mak xnak ucap apa2 ke?
Abah: Mak tengah mandi lah kak. Nanti tengah hari telefon lagi ye.

(12.30 tengah hari)
Kakak: Abah,mak mana?
Abah: Mak kat dapur. Dia tengah masak. Nanti mak dah free, dia telefon balik. Jangan risau.
Hakikatnya, si ibu itu sedang berjuang untuk meneruskan hidup di bilik pembedahan. Bukan niat ayah untuk berbohong. Bukan niatnya juga untuk berdiam diri. Tapi,kasihnya pada seorang anak. Maka dia terpaksa.

29 Ogos 2011 (29 Ramadhan 1432)

(12.00 tengah hari)
Abah: Akak,pandai buat dressing tak?
Kakak: Pandai kot. Boleh rasanya.
Adik: Dressing? Alaa. Adik pun pandai. *Sambil tersenyum.
Abah: Bolehlah akak tolong eh. Abah nak keluar kejap lagi.
Adik: *Blur.

(12.30 tengah hari)
Rumah sunyi sepi. Di dapur tiada orang. Ruang tamu kosong.
Adik: Mak! Akak! Kat mana tu?
*Sunyi. Tidak bersambut.
Adik: Tok! Tok! Tok! *Ketuk pintu bilik mak. Siapa ada kat dalam? Kenapa kunci pintu? Bukaklah.
*Dah start membebel sebab tak dilayan. Last2,akak bukakan pintu. Masuk. Terdiam. Pandang mak. Pandang akak. Air mata bergenang. Tapi bibir tersenyum. Keluar. Masuk bilik air. Nangis.
Ibu sakit. Setelah 4 tahun,dirawat,kanser itu menyerang. Tahap ke4. Dan, tiada siapa yang memberitahu. Baru faham apa yang dimaksudkan dengan dressing yang dikatakan abah. Sehari sebelum raya,kami diberitahu bahawa kanser itu sudah sampai ke tahap yang terakhir.
Kami tahu bukan niat ayah untuk berbohong. Demi hati seorang anak, dia bertahan seorang diri.

4 Jun 2013

(12.30 tengah hari)
Adik: Abah,mak tengah buat apa tu?
Abah: Macam biasalah. Dia tidur 24 jam. Nak bagi minum air pun macam nak berperang.
Adik: Oh ye ke. Abah,adik nak balik sabtu ni ye. Jumaat adik ada kelas. Sabtu pagi adik balik.
Abah: Ikutlah. Tapi tak sekejap sangat ke. Tunggu lah cuti panjang sikit. Tapi kalau nak balik,balik lah.
Adik: Taka pa. Kejap pun tak pe. Abah,mak macam mana?
Abah: *Terdiam. Mmm..Adik,abah nak terus teranglah ye dengan adik. Adik jangan takut. Doktor jumpa abah malam tadi. Dia cakap,keadaan mak dah sampai tahap yang mana,kita dah harus bersedia. Apa yang kita boleh buat sekarang,Cuma gembirakan hati dia. Tunaikan apa yang dia minta. *Abah nangis. Kita dah lama bersedia kan,adik? Dah bertahun kita lalui semua ni,sepatutnya kita dah kuat. Doktor dah minta anak-anak mak balik. Kebetulan adik cakap nak balik,baliklah sayang..
Adik: Mmm..in shaa Allah adik balik..
Beratnya hati seorang ayah ingin menyampaikan berita itu. Kami tahu resahnya bagaimana. Kami tahu abah tak mahu menyerah lagi. Itu kerja tuhan katanya. Dia tak mahu kami berputus asa merawat mak.

5 Jun 2013

(4.00 pagi)
Adik:  *Pegang tangan mak. Cium tangan mak. Mak,adik dah balik ni. Adik nak jaga mak..
Emak: *Buka mata. Tutup kembali.
Sakitnya ujian tuhan itu bila seorang ibu tidak lagi kenal wajah anaknya sendiri. Pertama kali seumur hidup, emak tidak memandang,tidak tersenyum,tidak memeluk anaknya bila anaknya pulang. Dan,itu ujian yang sangat besar, Ya Allah..

(4.10 pagi)
Adik: *Menangis. Abah,naiklah.. teman adik. Adik takut.
*Hakikatnya,anak itu bukan takutkan apa. Cuma,keadaan ibu yang tidak mengenalinya buat dia terlalu lemah.
(8.00 malam)

Emak: Wahidah….. *Terlelap semula.
Adik: Mak,adik ni..Ni adik Wahidah. Adik dah balik..Mak bukaklah mata. Bangunlah mak. Adik dah balik nak jaga mak. *Menangis.
Abah: *Tepuk2 badan mak. Imah,adik dah balik. Adik ada ni. Bangunlah.
Emak tetap tidur. Tak mengapa mak. Adik tahu mak mengantuk. Mak penat. Ubat tu kuat. Adik faham bukan niat mak untuk tidur sepanjang masa. Bukan niat mak untuk mengabaikan adik. Itu kuasa Tuhan. Adik biarkan mak rehat. Dalam tidurnya,kami pakaikan lampin. Dalam tidurnya,kami angkat dia.Tukarkan bajunya. Lapkan dia. Sapukan bedak diwajahnya. Dia juga mahu wangi. Dia juga mahu cantik. Adik bersihkan mak baik-baik ye.
Adik: Mak,adik dah lapkan badan mak. Dah sapu bedak. Mak dah wangi. *Dia tetap tidur
.
6 Jun 2013
Sepanjang hari dia tidur. Kami suapkan bubur dalm tidurnya. Kami suapkan air, juga dalam tidurnya. Mak tak mahu bangun. Buatlah apa pun. Cubit,tepuk,bisik di telinga. Dia tetap tidur.
Sepanjang hari,duduk seorang sambil menatap wajahnya. Biarlah dia tidur. Dia mungkin penat.

(6.45 petang)
Adik: Mak,adik nak pergi bukak puasa dengan ika kat luar. Nanti adik balik lagi ye. *Satu ciuman kasih untuknya.
Dan mak tetap tidur.

(10.00 malam)
Adik: Abah,kenapa mak pakai mesin ni?
Abah: Nurse cakap tekanan darah mak rendah.
Baiklah. Mandi. Solat. Bacakan yasin untuknya.
Abah: Adik,kalau denyutan nadi mak kat monitor turun bawah 50,bagitahu nurse cepat2 ye.
Adik: Okay..
Tapi,tidak. Adik tidur. Sungguh,malam itu sangat nyenyak. Mungkin sudah selesa dengan kerusi malas di hospital.

7 Jun 2013

(2.00 pagi)
*Abah tak tidur. Dia berdiri sebelah katil mak. Usap rambutnya. Tenung wajah mak. Dan aku,terlelap kembali.

(4.00 pagi)
*Abah masih tidak tidur. Dia duduk sebelah mak. Usap lembut rambut mak. Lapkan badan mak. Tenung wajah mak. Dan dia menangis. Kuat esakannya.
*Pelik.Kenapa abah nangis? Mak kan tengah tidur. Biasalah tu tekanan darahnya rendah. Dan aku terlelap semula.

(5.30 pagi)
*Nurse datang nak ambil darah mak. Tapi tangan mak dah bengkak. Tak jumpa urat pun.
Nurse: Tak jumpa urat dia. Tak apalah. Hari ni tak payah ambil darah ye. Mm..ni mak adik ke?
Adik: Haah. Ni mak.
Nurse: Adik bacakan lah yasin untuk mak ya.
Adik: Kenapa nurse?
Nurse: Adik tak tahu ke keadaan mak macam mana? Abah tak bagitahu?
*Geleng kepala.
Nurse: Mak adik dah tenat dari malam tadi.

(7.00 pagi)
Abah call semua orang. Bagitahu mak dah tenat. Dari malam tadi.
Abah call sepupu sebelah rumah. Dia minta tolong bersihkan beranda rumah. Bentangkan karpet kat dalam rumah. Keluarkan tilam kecil dalam bilik belakang.
*Hati tertanya-tanya. Tuhan nak ambil mak hari ni ke? Mak tak bangun lagi dari semalam. Dia tak Nampak adik lagi. Mak tak boleh pergi lagi. Mak belum borak dengan adik lagi sejak adik sampai. Mak kena bertahan.

(10.30 pagi)
Turun sudah malaikat Izrail untuk menjemput mak pulang ke sisi Penciptanya. Al-Fatihah.

Mak,
Ikutkan hati,adik belum mahu melepaskan.
Adik masih berharap mak boleh bertahan.
Impian mak nak tengok anak-anak habis belajar.
Nak tengok kami pergi kerja waktu pagi.Balik kerja waktu petang. Pakai baju kerja cantik-cantik.
Nak tengok kami ada keluarga sendiri.
Kami nak mak tunggu. Kami nak mak lihat semua itu. Kami nak mak ada di saat itu.
Tapi,apa daya kami. Kuasa Tuhan itu adalah segalanya.
Walaupun,hanya sepatah kata yang keluar dari mulut mak.. ‘Wahidah…’ dah cukup buat adik rasa bahagia.
Adik yakin,walaupun mak tak nampak adik. Mak tak borak dengan adik, adik sangat yakin mak dapat rasa adik ada kat situ.

Mak,
Adik minta maaf sebab adik tidur lena malam tu.
Adik tak tahu mak sakit malam tu. Adik tak tahu mak dah tenat waktu adik tidur lena.
Tapi,adik tahu, Allah punya perancangan adalah sebaik-baik perancangan. Mungkin dia tak mahu adik ingat saat-saat itu. Sebab mungkin adik tak kuat.
Dia bagi abah teman mak. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Mak,
Bila adik terkenangkan waktu mak dalam sakaratul maut,waktu mak dah tekan tapak tangan mak, dahi berkerut,adik tahu mak sakit. Adik nampak macam mana mak sakit hadapi sakaratul maut tu. Adik tolong tutpkan mata mak bila mak dah hembus nafas yang terakhir. Adik tolong nurse uruskan jenazah mak. Adik tolong mandikan mak. Itu mandi yang terakhir.adik gosok badan mak slow2. Sebab adik tahu mak masih boleh rasa sakit. Walaupun ustazah marah kenapa adik basuh macam tak bersih,adik diam. Adik takut mak sakit. Adik minta maaf,mak..

Mak,
Masa mak pakai baju warna putih tu,adik tolong angkat badan mak. Pakaikan kemas-kemas supaya mak cantik. Adik sikatkan rambut mak. Mereka pun pakaikan mak bedak, supaya mak wangi. Adik teman mak naik van jenazah. Kita balik rumah sama-sama. Selalunya adik dengan abah je balik rumah. Mak kena tinggal kat hospital. Tapi kali ni,kita balik sama-sama. Adik minta maaf sebab kita tak boleh naik kereta kita sendiri..

Mak,

In shaa Allah, Tuhan dah sediakan rumah untuk mak disana. In shaa allah Dia gantikan rumah mak yang dulu dengan rumah yang lagi indah. In shaa Allah Dia kurniakan kebahagiaan buat mak disana. Amin..


Pesan abah,bila perginya ibu bapa dari dunia ni. Mereka bawa 3 bekalan. Satu,amal ibadahnya, dua, sedekah jariahnya dan yang ketiga doa anak-anak yang soleh. 
Abah kata,apa-apa pun kebaikan yang anak itu buat masa hidupnya,pahala itu automatic pergi pada ibu bapanya.
Abah pesan lagi, kalau adik buat baik,mak akan tambah ebkalan pahala dia. In shaa Allah. Tapi kalau adik buat jahat, adik beri dosa pada mak. Adik dah besar, adik sayang mak, beri kebaikan pada dia. Jauhkan dia dari mendapat dosa. 

In shaa Allah abah. Dan ucapan terima kasih untuk abah sebab dah berusaha untuk jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak. kami tahu bukan niat abah untuk merahsiakan keadaan mak setiap kali kami telefon. Tapi abah tak mahu kami bimbang. Abah tak mahu kami takut. Abah tak mahu kami terkejut. Abah tak mahu kami menangis. Kerana abah punya hati yang mulia.

"Adik jangan nangis. Sekarang ni, abah adalah abah. Dan abah adalah emak." (Abah,2013)

Terima kasih, Abah.






Al-Fatihah untuk Almarhumah Hajah Fatimah bt Hj Sapenah.

Monday, 8 April 2013

Orang Biasa.



Dia orang biasa.
Punya fizikal yang sama.
Mungkin naluri yang berbeza.
Tapi dia masih orang biasa.
Orang biasa yang ada rasa.
Ada sayang.ada cinta.ada kasih.
Untuk dihulur.
Hulur pada siapa?
Pada Sang Hati milik si kecil ini.
Terima kasih.
Kasih itu disambut.
Seiring senyuman dibibir.
Mungkin tak semanis gula.
Tapi cukup sebagai rasa.
Itu orang biasa.
Tak perlu jadi luar biasa.
Untuk zahirkan rasa cinta.
Sekali lagi terima kasih.
Aku hulurkan buat Sang Hati di sana.
Kerna sudi jadi pewangi dihati.
=)


Kasih.


Untuk sekian kali.
Rasa itu datang lagi.
Entah hadirnya bila.
Bersulam indah dalam taman.
Tersenyum tatkala ada.
Suram bila tiada.
Bukan mahu dipinggir bila bahagia disisi.
Jauh sekali mengundang sepi.
Tapi,andai masa itu tiba.
Biarlah dia pergi.
Bukan kehendak.
Apatah lagi mengizinkan.
Cuma masa itu tak mahu menunggu.
Tahu,suatu hari rindu pasti datang bertamu.
Jasad tiada.mahupun bayang.
Tapi,sayang itu pasti menemani.
Bersama harapan.
Agar hatinya ada ruang untuk secebis rasa ini.

Tuhan,
Jagakan dia untuk hati ini.
Sediakan ruang dalam hatinya untuk setulus kasih.
Andai dia orang yang betul,
Bukakan jalan untuk menghalalkan.
Agar hubungan ini sentiasa dibawah payung rahmatMu.
*Sekuat mana aku berusaha mencuba,kalau Engkau tidak mengizinkan,harapan tetap tinggal harapan.

Friday, 29 March 2013

Rindu dan Sayang untuk Dia.



Berdosakah aku bila terlalu takut dengan kehilangan.
Takut hilang kebergantungan hidup.
Takut bila dia pergi.
Takut bila tiada yang memujuk.
Takut bila tiada yang meleteri.
Takut bila tiada yang bercerita.
Takut bila tiada lagi yang mendoakan.
Bukan mahu melawan takdir.
Jauh sekali menolak kehendakNya.

Mungkin silap sendiri.
Mencintai manusia lebih dari cintakan Penciptanya.
Meletakkan kebergantungan pada manusia lebih dari kebergantungan kepada Dia.
Bila mereka meninggalkan,iman terus goyah.
Sedangkan yang di atas,sentiasa setia untuk hambanya.
Walau apa jua keadaan sekalipun.
Ampunkan aku andai aku terleka.
Terleka dunia ini sementara.
Juga lupa.
Akhirat ada dihujung jalan.
Setia menanti.


Surat Cinta untuknya.

Ibu,
Maafkan kerana hanya kata mampu disusun.
Tiada emas mahupun wang untuk dihulur.
Hanya baris-baris kata untukmu.
Jadi teman tidur.
Teman setia tatkala rindu itu menjengah.
Ibu,
Berdosakah bila hati ini terlalu takut dengan kehilanganmu?
Berdosakah bila mata ini menangis jika terkenangkan kau tiada disisi?
Berdosakah bila hati diulit resah kerana terlalu takut bila berseorangan?
Ibu,
Tiada air mata jatuh tatkala sakitmu menyerang.
Bukan hati ini sekeras batu untuk lahirkan simpati.
Cuma hati telah dididik untuk sentiasa tersenyum setiap kali wajahmu ditatap.
Andai hati sendiri tak mampu dipujuk,apatah lagi sekeping hati ibu.
Walau sekeping,tapi harus ditatang sebaiknya.
Kerna kau seorang ibu.
Dari mana datangnya tubuh kecil ini.
Ibu,
Bukan niat untuk mempersoalkan takdir.
Tapi iman tidak sekuat insan lain.
Bibir terukir senyuman,tapi hati menangis pilu.
Biar orang menghina si penghidap kanser.
Telinga mendengar cacian.
Itu ini mereka berkata.
Pesakit kanser tipis peluangnya.
Pesakit kanser susah dijaga.
Biarlah segunung bicara mahu dilempar.
Hingga hujung nyawa tubuh kecil ini setia disisimu.
Biarlah orang berkata itu dan ini.
Selagi nyawa dikandung badan,selagi itu kasih akan terus tercurah.
Ibu,
Semua kata,nasihat mahupun leteran mahu disimpan.
Biar sesak di dalam kepala.padat.muat.
Tak mahu menyesal andai antara kita pergi meninggalkan.
Biar tiada harta untuk diwasiatkan.
Asalkan ada bicara jadi peneman hati.
Ibu,
Maafkan setiap keterlanjuran kata.
Setiap tindak tanduk yang mengguris.
Kerana alpa,ada syaitan datang berbisik.
Hingga terleka  hati ibu itu wajib dijaga.
Ibu,
Andai ada janji yang tak tertunai,
Maafkanlah.
Tubuh kecil ini terlalu leka dengan kehidupan yang terlalu menggoda.

Maafkan kerna mungkin dia terlupa. 

Thursday, 28 March 2013

Bila mulut kata mahu.HATI kata tidak.

Duduk seorang.diam.termenung.
Apa yang difikir.sendiri keliru.
Mahu? Itu pasti.
Tapi hati berbisik "Jangan...."

Kerna sendiri bingung.
Rasa itu sekejap.
CHIPSMORE.
Sekejap ada.sekejap tiada.
Bila ada,pasti tersenyum.bahagia orang kata.
Kalau boleh terkoyak mulut sampai ke telinga,pasti dah koyak.
Bahagia punya pasal.
Tapi,bila hilang,hujan pasti turun.
Bukan hujan dilangit.
Tapi hujan dalam hati.
Kuman dalam hati basah kuyup.
Sedih punya pasal.

Kalau tahu ini rasanya,kenapa mahu mencuba?
Sebab bila sekali rasa pedas,pasti mahu rasa lagi.
Itu kan lumrah.

Maaflah hati.
Jadilah seperti lidah.
Terima dan telan semuanya.
Manis.Pahit.Pedas. Kelat. Masam.
Sebab dari situ.kau rasa semua rencah.

Sebab,kau si tuan.

Si Tuan yang memilih rencah hidup sendiri.