Friday, 29 March 2013

Rindu dan Sayang untuk Dia.



Berdosakah aku bila terlalu takut dengan kehilangan.
Takut hilang kebergantungan hidup.
Takut bila dia pergi.
Takut bila tiada yang memujuk.
Takut bila tiada yang meleteri.
Takut bila tiada yang bercerita.
Takut bila tiada lagi yang mendoakan.
Bukan mahu melawan takdir.
Jauh sekali menolak kehendakNya.

Mungkin silap sendiri.
Mencintai manusia lebih dari cintakan Penciptanya.
Meletakkan kebergantungan pada manusia lebih dari kebergantungan kepada Dia.
Bila mereka meninggalkan,iman terus goyah.
Sedangkan yang di atas,sentiasa setia untuk hambanya.
Walau apa jua keadaan sekalipun.
Ampunkan aku andai aku terleka.
Terleka dunia ini sementara.
Juga lupa.
Akhirat ada dihujung jalan.
Setia menanti.


Surat Cinta untuknya.

Ibu,
Maafkan kerana hanya kata mampu disusun.
Tiada emas mahupun wang untuk dihulur.
Hanya baris-baris kata untukmu.
Jadi teman tidur.
Teman setia tatkala rindu itu menjengah.
Ibu,
Berdosakah bila hati ini terlalu takut dengan kehilanganmu?
Berdosakah bila mata ini menangis jika terkenangkan kau tiada disisi?
Berdosakah bila hati diulit resah kerana terlalu takut bila berseorangan?
Ibu,
Tiada air mata jatuh tatkala sakitmu menyerang.
Bukan hati ini sekeras batu untuk lahirkan simpati.
Cuma hati telah dididik untuk sentiasa tersenyum setiap kali wajahmu ditatap.
Andai hati sendiri tak mampu dipujuk,apatah lagi sekeping hati ibu.
Walau sekeping,tapi harus ditatang sebaiknya.
Kerna kau seorang ibu.
Dari mana datangnya tubuh kecil ini.
Ibu,
Bukan niat untuk mempersoalkan takdir.
Tapi iman tidak sekuat insan lain.
Bibir terukir senyuman,tapi hati menangis pilu.
Biar orang menghina si penghidap kanser.
Telinga mendengar cacian.
Itu ini mereka berkata.
Pesakit kanser tipis peluangnya.
Pesakit kanser susah dijaga.
Biarlah segunung bicara mahu dilempar.
Hingga hujung nyawa tubuh kecil ini setia disisimu.
Biarlah orang berkata itu dan ini.
Selagi nyawa dikandung badan,selagi itu kasih akan terus tercurah.
Ibu,
Semua kata,nasihat mahupun leteran mahu disimpan.
Biar sesak di dalam kepala.padat.muat.
Tak mahu menyesal andai antara kita pergi meninggalkan.
Biar tiada harta untuk diwasiatkan.
Asalkan ada bicara jadi peneman hati.
Ibu,
Maafkan setiap keterlanjuran kata.
Setiap tindak tanduk yang mengguris.
Kerana alpa,ada syaitan datang berbisik.
Hingga terleka  hati ibu itu wajib dijaga.
Ibu,
Andai ada janji yang tak tertunai,
Maafkanlah.
Tubuh kecil ini terlalu leka dengan kehidupan yang terlalu menggoda.

Maafkan kerna mungkin dia terlupa. 

No comments:

Post a Comment