Tuesday, 30 December 2014

A Fresh Start.

Ada mula, pasti ada hujungnya.
Hujung dimana tutup segala tirai. Tutup segala kisah. Baik yang suka, mahupun yang duka.
Yang manis aku simpan buat jadi memori terindah.
Yang pahit aku buang sejauh mungkin.
Jauh disudut hati, biarlah yang duka itu pergi tanpa pulang kembali.
Hati letih mengurai rasa sakit yang hinggap.
Aku mahu dia bahagia.
Jauh dari rasa sakit. Jauh dari rasa beban.
Beban yang selama ini aku sendiri jadi penyumbang.
Duka yang aku sendiri menjadi punca.
Mungkin tiba masa untuk baginya kesenangan.
Bagi dia rasa bahagia.
Aku tak mahu menggenggam terlalu kuat.
Takut ia pecah dalam genggaman sendiri.

31st December 2014,
Selamat tinggal.
Aku tutup segala pintu kehidupan yang lepas.
Tak mahu imbas segala cerita.
Cukup noktah disitu.
Apa yang telah terjadi, aku redha.
Segala salah silap, aku pohon kemaafan.

1st January 2015,
Selamat datang.
Aku buka segala pintu untuk semua kebaikan melaluinya.
Aku buka lembaran baru untuk kehidupan ini.
Segala kesilapan dan kesalahan yang lepas, aku tinggal dengan sejuta harapan agar 2015 adalah tahun yang terindah.
:)

Mulakan setiap lembaran dengan cita-cita yang indah.
Aku punya impian, punya harapan untuk jadi yang terbaik.
InshaAllah Dia permudahkan.

Aku punya impian dan cita-cita. Sebagai hamba kepada Sang Pencipta.
Sebagai anak. Sebagai pekerja. Sebagai seseorang kepada seseorang.
Aku pohon semuanya dipermudahkan.

InshaAllah.

:)

No comments:

Post a Comment