Thursday, 28 August 2014

Hadirnya Rasa.

Sekelumit itu tak terasa hadirnya bila.
Bulan,hari,jam juga saat itu tak sedar kapan rasa itu ada.
Tak mahu menolak saat hati mula jatuh cinta.
Biar disemai indah dalam taman.
Biar segala corak indah terhasil.
Tahu dan sedar, akan tiba suatu saat Dia tarik rasa itu.
Biar.
Aku tetap bertahan tanpa selangkah mengundur.
Kerana hati teguh berpaut untuk sekeping hati miliknya.
Hati itu bukan untuk aku miliki.
Tapi sebingkis anugerah untuk aku hargai.
Bukan sesekali untuk dikuasai.
Tapi selamanya untuk dicintai.
Andai ada ombak yang melanda.
Ada angin kencang datang bertiup.
Doa yang aku pinta, kuatkan hati ini untuk bertahan.
Tetapkan mana kaki ini berdiri.
Jauhkan rasa gagal dalam hubungan yang terjalin.

Kerana sayang ini terlalu kuat berpaut.

No comments:

Post a Comment